Kedai Makan Di Susur Keluar Tol Pedas-Linggi

INFO : fbaans.blogspot.my
Dalam perjalanan menuju ke selatan tadi, hati saya tergerak untuk keluar di susur tol Pedas Linggi. Hajat di hati memang mahu mencari warung untuk singgah makan tengah hari kerana perut sudah pun berbunyi.

Selepas tol, saya belok ke kiri. Dalam jarak 100 meter terlihat sebuah warung tanpa nama di sebelah kiri jalan. Kami singgah untuk makan.

Kami terkejut dengan hidangan pelbagai jenis lauk pauk nismilan seperti masak lomak daging salai, masak lomak pucuk ubi, keli belado, rondang ayam serta banyak lagi yang boleh membangkitkan selera.










Comments

Popular Posts